Friday, September 28, 2012

OPS Bayar Siri 2/2012

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini.


Alhamdulillah pada Khamis, 27 September 2012, Unit Hartanah LPJ dengan kerjasama dan sokongan daripada Unit Keselamatan LPJ telahpun berjaya melaksanakan OPS BAYAR Siri 2/2012. OPS ini adalah susulan daripada OPS BAYAR Siri 1/2012 yang telah diadakan pada 4 Julai 2012 yang lalu. Operasi yang bermula kira-kira pada pukul 8.00 malam dimulai dengan taklimat operasi oleh En. Mohd Ismadi dan disusuli pula dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Sjn/PB Mohd Rafi. Selepas taklimat, semua anggota terlibat terus bergerak ke kawasan operasi.

Taklimat Operasi Oleh En. Ismadi

Macam Serius Je...

Secara umumnya tujuan operasi ini dilaksanakan oleh Unit Hartanah adalah untuk memberikan peringatan kepada penyewa-penyewa di Rumah Pangsa LPJ yang mempunyai sewa tertunggak agar dapat menjelaskannya mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam notis atau surat peringatan. Sasarannya adalah melibatkan penyewa-penyewa yang mempunyai tunggakan sewa 3 bulan dan ke atas. Kegagalan penyewa untuk menjelaskan bayaran sewa rumah mengikut tempoh yang diberikan boleh mengakibatkan tindakan tegas diambil ke atas penyewa seperti arahan keluar rumah ataupun tindakan mahkamah.

Keseluruhannya operasi yang melibatkan seramai lebih kurang 16 orang anggota ini boleh dianggap berjaya dan mencapai sasaran dengan kebanyakkan notis peringatan dapat disampaikan kepada penyewa dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku ke atas anggota mahupun kepada penyewa sepanjang operasi ini berlangsung. Rata-rata penyewa-penyewa yang ditemui memberikan kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa. Apa-apapun ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi ini. Moga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan.

Teruja dan tersipu

Ni kes penyewa takde...selit je la bawah pintu
   

No comments: