UNIT HARTANAH
Unit Hartanah Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) secara umumnya berperanan dalam mengawalselia dan membangunkan tanah milik LPJ terutamanya yang dipajakkan kepada pengendali-pengendali pelabuhan iaitu Johor Port Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Ia juga berperanan dalam memantau dan mengendalikan hartanah-hartanah LPJ yang lain seperti bangunan pejabat, kuarters kediaman kakitangan, rumah pangsa LPJ, rumah rehat pelabuhan (Port Suite) dan lain-lain. Di samping itu juga, Unit ini turut membuat penambahan ke atas aset-aset LPJ melalui pembelian terus, permohonan tanah kerajaan dan pengambilan balik tanah.
OBJEKTIF UNIT
v Memaksimumkan penggunaan tanah & nilaian pasarannya ke peringkat maksima.
v Mengurus harta-harta LPJ khususnya harta-harta pelabuhan secara bersistematik.
v Merancakkan & mempelbagaikan pembangunan hartanah LPJ.
v Meningkatkan penguatkuasaan penggunaan harta-harta pelabuhan melalui pematuhan undang-undang, perjanjian dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.
v Memaksimumkan dan meningkatkan peluang pelaburan, serta hasil-hasil yang boleh diperolehi dari aktiviti pembangunan hartanah LPJ.
v Merancang, melaksanakan penambahan aset-aset hartanah LPJ melalui pelbagai peluang.
FUNGSI UNIT
Bagi melaksanakan fungsi Unit dengan berkesan, Unit Hartanah LPJ secara umumnya dibahagikan kepada tiga (3) seksyen atau sub-unit, di mana setiap sub-unit mempunyai bidang tugas yang khusus.
Pembangunan Hartanah
Ä Melaksanakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan di pelabuhan terutamanya yang melibatkan kawasan pajakan kecil.
Ä Menguruskan projek pembangunan LPJ dan pengendali pelabuhan.
Ä Mengurus permohonan transaksi hartanah LPJ.
Ä Memantau proses pendaftaran pelbagai transaksi hartanah LPJ.
Ä Mengurus proses pembelian / penjualan aset hartanah LPJ.
Pengurusan Hartanah
Ä Menguruskan rumah pangsa LPJ terutamanya dari segi permohonan untuk menyewa, kutipan hasil sewa, aduan-aduan dan penguatkuasaan.
Ä Menguruskan kuarters kediaman kakitangan LPJ.
Ä Pengurusan cukai-cukai dan insurans aset-aset hartanah LPJ.
Ä Menguruskan rumah rehat pelabuhan (Port Suite).
Pengurusan Maklumat Tanah
Ä Mentadbir urusan simpanan dokumen hakmilik.
Ä Mentadbir urusan simpanan rekod pajakan / pajakan kecil di pelabuhan.
Ä Pengawalan transaksi hakmilik tanah LPJ.
Ä Mentadbir urusan simpanan rekod bangunan di pelabuhan.
Ä Pemantauan Cukai Tanah / Cukai Harta pelabuhan.
Ä Pemantauan hasil pajakan di kawasan Management Land.
Ä Pengurusan minimum throughput di kawasan Management Land I & II.
Ä Membangunkan Sisitem Maklumat Hartanah LPJ (GIS).
No comments:
Post a Comment