Port Suite


Rumah Rehat Port Suite LPJ yang terletak di Lot PTD 637 & PTD 638, Jalan Desaru, Desaru, Kota Tinggi telah dibuka secara rasmi pada 19 Mei 2011.

Selamat Datang Ke Port Suite LPJ

Antara kemudahan yang terdapat di Rumah Rehat Port Suite ini adalah seperti berikut :

  1. 2 bilik tetamu jenis suite (Atlantik);
  2. 8 bilik tetamu jenis biasa (Pasifik);
  3. Surau;
  4. Kolam renang;
  5. Bilik karaoke;
  6. Kawasan permainan kanak-kanak;
  7. Ruangan makan & Barbeque; dan
  8. Bilik mesyuarat

Pada masa ini penyewaan bilik-bilik yang terdapat di Rumah Rehat Port Suite hanya dibuka kepada ahli Lembaga Pengarah LPJ, kakitangan LPJ dan juga kakitangan Kementerian Pengangkutan Malaysia sahaja. Berikut adalah kadar sewa bilik yang dikenakan. 


Jenis Bilik
Kadar Sewa Bilik (RM)
Bilik Suite (Atlantik)
50.00 / malam
Bilik Biasa (Pasifik)
30.00 / malam





Sejak Rumah Rehat Port Suite ini dibuka secara rasmi, tempahan sewaan bilik yang diterima dari kalangan kakitangan LPJ dan lain-lain penyewa adalah menggalakkan terutamanya di waktu hujung minggu, cuti persekolahan mahupun cuti umum / perayaan.

Kemudahan Surau Turut Disediakan 

Ruang Menunggu Dan Istirehat Tetamu

Kolam Renang Saiz Dewasa & Kanak-Kanak

Lot Parkir Kenderaan Yang Luas

Riadah Kanak-Kanak

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Unit Hartanah LPJ di talian 07-253 4000.

No comments: